Hukum bayi tabung uji dalam Islam

 

Hukum bayi tabung uji
Saya ingin mendapat penjelasan mengenai hukum dalam Islam jika melakukan kaedah bayi tabung uji, terutama pasangan yang sudah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan zuriat.

Jawapan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali kelima yang bersidang pada 16-17 November, 1982 membincangkan isu bayi tabung uji. Muzakarah memutuskan bahawa:

* Bayi tabung uji daripada benih suami isteri yang dicantumkan secara ‘terhormat’ adalah sah di sisi Islam, sebaliknya jika benih diambil daripada bukan suami isteri yang sah, bayi tabung uji itu adalah tidak sah.

* Bayi dilahir daripada tabung uji dibolehkan menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka daripada keluarga yang berhak.

* Jika benih suami dan isteri dikeluarkan dengan cara tidak bertentangan dengan Islam, ia dikira cara terhormat.

Bardasarkan keputusan disebut tadi, adalah haram bagi wanita yang belum berkahwin, menjalani proses bayi tabung uji. Jika ia berlaku, status bayi tabung uji itu tidak diketahui dan cara sebegitu meruntuhkan institusi perkahwinan ditetapkan Allah SWT.

Entri Berkaitan

Link To This Page
1. Click inside the codebox
2. Right-Click then Copy
3. Paste the HTML code into your webpage
codebox
powered by Linkubaitor

Recent search:

bayi tabung uji,bayi tabung uji menurut islam,hukum bayi tabung uji dalam islam,hukum bayi tabung uji,hukum bayi tabung uji menurut islam,tabung uji,bayi tabung uji hukum dalam islam,hukum dalam agama islam,hukum bayi tabung dalam islam,www bayi tabung